KHABIB mengumumkan persaraanya dari dunia UFC selepas kemenangannya yang ke 29 selepas menewaskan Justin Gaethje pada Ahad lepas.
Juara lightweight UFC itu membuat keputusan untuk bersara dari sukan MMA ketika dia sedang berada di kemuncak kariernya.
Petarung berusia 32 tahun itu memberitahu, dia telah berjanji dengan ibunya bahawa pertarungannya dengan Gaethje itu adalah pertarungan terakhir untuknya.
"Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu selama tiga hari.
"Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya," katanya ketika ditemu bual sejurus selepas perlawanan tersebut.
Selain itu, Khabib turut memberi bayangan dia tidak mungkin dapat bertarung tanpa ayahnya, Allahyarham Abdulamanap Nurmagomedov di sisinya.
Ini kerana, ayahnya itu turut memainkan perasan besar melatih dan menjadi guru serta pendorong untuknya ketika di gelanggang pertarungan.
"Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. Tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah saya,” kata jaguh dari Dagestan, Rusia itu sambil menitiskan air mata.
Comments
Post a Comment