MAMEE Ghost Pepper baru kini dengan tiga perisa !!! Seperti yang kita tahu sebelum ni pihak MAMEE telah keluarkan mee segera Ghost Pepper yang sangat menakutkan bukan disebabkan kerana warna mee tersebut berwarna hitam akan tetapi rasa mee tersebut tersangat la PEDAS !!!
Tapi kali ini MAMEE telah membuat kemunculan baharu bagi Ghost Pepper dengan tiga perisa iaitu Kari Lontong, Daging Cendawan, Goreng Indonesia. Bukan itu saja kini Ghost Pepper boleh didapatkan dipasaraya tidak seperti sebelum ini hanya boleh dapat di 7Eleven.
Kami sempat mencuba salah satu perisa Ghost Pepper iaitu Kari Lontong yang dibeli dari pasaraya MYDIN dengan harga RM11. Terdapat 4pek dalam 1pek besar. Harganya tidak la begitu mahal berbanding mee segera jenama lain yang mempunyai sais yang sama.
Okey ini hasilnya selepas dimasak. Btw bebola tu tambah sendiri ye. Ini apa yang kami rasa selepas mencuba Ghost Pepper perisa Kari Lontong ini. Rasa kuahnya sesangat la pedas dan creamy. Bagi mee pula rasa seperti mee ramen keluaran samyang
Tidak seperti Ghost Pepper sebelum ni, rasa pedas pada mee berwarna hitam tapi kali ini rasa pedas pada perencah kuahnya. Jika nak dibandingkan rasa Ghost Pepper baru lagi pedas berbanding yang sebelumnya.
Okey sebelum korang masak Ghost Pepper ni, pasti kan korang jangan silap ya. Ini bukan minyak. Ini pati atau sos Ghost Pepper itu sendiri. Dimana korang boleh tambah jika korang rasa masih belum cukup pedas.
Bagi kami kuah sedia ada dah cukup pedas dan berpeluh. Apatah lagi kalau tambah sos ini lagi pedas la jawabnya. So jangan tersilap ya geng.
Rate Ghost Pepper Kari Lontong:-
Tahap kepedasan 10/10
Rasa Kuah serta Mee 6/10
Ini nilai rate yang kami rasa setelah mencubanya. Korang bila lagi nak cuba... Dah cuba share la sikit pengalaman pedas ke tak.
Comments
Post a Comment