Sakho menang saman WADA 13 Juta

 


LONDON: Pengendali Liverpool Jurgen Klopp percaya bekas pertahanan The Reds Mamadou Sakho menunggu terlalu lama sebelum Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) memohon maaf kerana tersilap menghukumnya atas dakwaan doping.

Sakho digantung selepas didapati positif bahan pembakar lemak higenamine ketika aksi Liga Europa menentang Manchester United pada Mac 2016.

Sakho terlepas aksi final menentang Sevilla, di mana Liverpool tewas 3-1, dan dia turut terlepas tempat dalam skuad Euro 2016 Perancis akibat penggantungan oleh WADA itu.

Pemain 30 tahun itu kemudian dilepaskan pada Julai 2016 oleh badan disiplin Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), yang mendapati higenamine tidak berada dalam senarai bahan larangan WADA.

WADA kemudian mengeluarkan dua kenyataan, mendakwa Sakho bersalah kerana mengambil dadah meningkatkan prestasi yang dilarang.

Sakho menyaman WADA dan dalam pendengaran di Mahkaham Tinggi

London Rabu lalu, Sakho menerima permohonan maaf daripada agensi terbabit serta pampasan berjumlah 13juta.

"Kami sudah tahu sejak dulu lagi yang beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Jika anda menanggung reputasi doping sekian lama, terutama apabila anda tidak bersalah, ia amat berat untuk ditanggung.

"Jadi saya gembira namanya sudah dibersihkan," kata Klopp.

Sakho, yang menyertai Crystal Palace pada tahun 2017, berkata permohonan maaf WADA adalah "sesuatu yang amat penting untuk dia memulakan babak baharu". - AFP


Comments